Pada 30 Disember 2010 (Khamis), SK Tebong telah mengadakan hari jualan buku kepada murid-murid yang akan meneruskan sesi persekolahan untuk tahun 2011 ini...Kali ini pembayaran yuran diadakan di kelas yang akan murid2 pelajari sepanjang tahun 2011...Rasionalnya supaya ibubapa/penjaga murid dapat mengetahui kelas yang akan anak2 mereka masuk untuk pembelajaran sesi 2011...
Selain daripada jualan buku...orientasi untuk murid baru Pra sekolah dan Tahun 1 juga turut diadakan...Dalam orientasi tersebut, murid2 dan ibubapa/penjaga diberi penerangan mengenai sistem pembelajaran di sekolah serta peraturan sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh ibubapa/penjaga. Semoga tahun 2011 ini, sama-sama kita menggembleng tenaga untuk menaikkan nama sekolah selari dengan sekolah2 besar...InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan