Isnin, 10 Ogos 2009

Cegah Sebelum Parah

Salam. Seperti sedia telah maklum, wabak H1N1 telah menular di seluruh Malaysia. Warga Melaka amnya dan warga SK Tebong khususnya sgt prihatin dengan masalah ini. Menurut ucapan GB pagi tadi, mangsa yang meninggal telah meningkat ke 26 orang setakat pagi tadi. Maka, kami warga sekolah telah mengambil langkah-langkah awal, mencegah sebelum parah dengan menggalakkan penggunaan " mask " kepada semua warga sekolah terutama murid-murid.

Murid-murid telah mula ke sekolah dengan memakai mask. Sekolah juga telah mengedarkan mask yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Semua guru dan murid dibekalkan dengan mask. Jadi tiada alasan bagi semua warga sekolah untuk tidak mengambil langkah mudah ini.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.. SAYANGILAH DIRI ANDA. JAGA KESIHATAN DIRI. KERAP MEMBASUH TANGAN. HINDARI DIRI DARI PERGI KE TEMPAT-TEMPAT TERBUKA.... KURANGKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Tiada ulasan: