Ahad, 4 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya 2009

Sambutan Hari Raya SK Tebong telah diadakan pada 29 September 2009 bersamaan hari Selasa yang lalu. Majlis hari tersebut turut diadakan untuk mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada mantan GPK KO-Kurikulum SK Tebong, Cikgu Daud Md Nasir yang kita sayangi..
Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM ke SK Batang Melaka..
Layan situasi sepanjang berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya yang lalu...


Kuih-kuih raya yang banyak dibawa oleh murid-murid. Pelbagai jenis dan rasa...



Murid-murid yang dah tak sabar nak tunggu makanan sampai.. Dan juga tak sabar menunggu pertandingan karaoke...



Cikgu Lee sibuk mengawal murid-murid sebelum masuk ke dewan...
Cantik dan segak bergaya masing-masing dengan baju raya...


Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak yang diterajui oleh Cikgu Asrul dan Cikgu Rais. Mendapat sambutan hangat. Sehingga penyertaan perlu ditapis. Hehe...


Cikgu-cikgu yang menyumbangkan lagu. Cikgu Siti dengan Bosanova, Cikgu Nuri dengan Kasih dan Cikgu Daud dengan Lagu Raya Black Dog Bone- Musafir di Aidilfitri


Pertandingan menaip dan menghantar SMS paling pantas...

hadiah duit raya menanti para pemenang dan peserta yang masuk pertandingan. Tak menang pun dapat duit raya tau...

Tiada ulasan: