Ahad, 29 November 2009

Festival Pendidikan Islam 2009

Bismillahir Rahman nir Rahim...Assalamualaikum W.B.T

Pada 13 November 2009, di mana kebanyakkan sekolah sudah selesai melaksanakan aktiviti tahunan sekolah, Panitia Pendidikan Islam pula telah mengadakan Festival Pendidikan Islam yang julung-julung kalinya diadakan di peringkat sekolah. Perancangan dan kertas kerja juga disiapkan 'on the sport' dalam masa 3 hari sebelum majlis berlangsung.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan Azan dan Iqomah mengikut kelas, hafazan al-Quran, mewarna dan menulis tulisan khat jawi. Berikut beberapa gambar acara yang dipertandingkan.

Beberapa peserta Azan dan Iqomah



Acara Hafazan al-Quran


Mewarna tulisan Khat (Tahap 1) dan menulis Khat Jawi (Tahap 2)

Penyertaan untuk acara Hafazan al-Quran kurang sambutan, mungkin persediaan murid untuk menghafaz surah terlalu singkat. Insya Allah pada masa akan datang, aktiviti ilmiah ini akan diteruskan dan dirancang dengan baik..Terima kasih dan TAHNIAH kepada guru2 yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati usaha kita semua..Ameen

Tiada ulasan: