Isnin, 23 Ogos 2010

Majlis Khatam al-Quran Perdana SK Negeri Melaka

Pada 21 Ogos 2010(Sabtu) bersamaan 11 Ramadhan 1431H, SK Tebong telah menghantar 39 orang pelajar ke Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka bertempat di Dewan Besar MITC Ayer Keroh Melaka.

Seramai 15 000 murid sekolah rendah telah berkumpul dalam Dewan MITC untuk majlis khatam tersebut yang merupakan penyertaan terbanyak tahun 2010 sehingga tersenarai dalam Malaysia Book of Records...

TAHNIAH buat Negeri Melaka...Semoga segala amalan yang dilakukan mendapat Redha dan Barakah dari Allah S.W.T, tambahan pula majlis tersebut diadakan dalam bulan yang mulia nie...Ramadhan Kareem.

Ini merupakan penyertaan kedua SK Tebong ke majlis ini selepas Tahun 2008 (10 000 murid). Bukan main suka lagi murid2 kerana dapat imbuhan RM 10 seorang...(duit raye pertama diorang)..hehe

Tiada ulasan: