Selasa, 31 Ogos 2010

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-53 Peringkat SK Tebong

Assalamualaikum W.B.T
Pada 30 Ogos 2010 iaitu Hari Isnin bersamaan 20 Ramadhan 1431H, Unit Ko-kurikulum di bawah Panitia KH, KT & Sivik telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Malaysia kali ke-53 peringkat sekolah di Tapak Perhimpunan SK Tebong Melaka.

Program Bulan Kemerdekaan ini diadakan sepanjang bulan Ogos dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya nyanyian lagu Patriotik setiap hari Isnin, pertandingan mewarna untuk Tahap 1, pertandingan melukis poster untuk Tahap 2 dan peraduan teka silang kata terbuka. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang majlis...

Cikgu Lee sedang membacakan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pn Nurul Azizah pula membaca perutusan titah Yang Dipertua Agong. Dan ucapan oleh Guru Besar SKT iaitu Pn Hamidah Hj Ismail.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna untuk murid Pra dan Tahap 1

Penyampaian hadiah kepada peemenang melukis poster untuk Tahap 2 dan pemenang teka silang kata

Tiada ulasan: