Sabtu, 11 September 2010

Latihan Marhaban

Assalamualaikum W.B.T
Pada minggu ketiga bulan Ramadhan 1431H, Panitia Agama dengan kerjasama barisan guru-guru telah mengadakan latihan marhaban selepas tadarus al-Quran pada waktu rehat. Marhaban ini saban tahun pihak sekolah laksanakan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru2, kakitangan sekolah, murid2 bersama ibubapa @ masyarakat Kg Tebong pada hari raya nanti...

Latihan ini dijalankan selama 30 minit dengan 4 jenis selawat, 1 nasyid dan doa untuk tuan rumah yang akan dikendalikan oleh ketua&penolong dari kalangan murid2 SKT...

Sebanyak 4 kawasan sekitar Kg Tebong yang akan dilawati oleh kumpulan marhaban SKT ini iaitu Bt.23, Taman Kejora, Taman Seri Cahaya & Saiding/Onlok...Marhaban ini akan diadakan pada 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431H


Gambar kenangan semasa latihan marhaban dijalankan...

Tiada ulasan: