Ahad, 10 Oktober 2010

MARHABAN berjalan lancar...Alhamdulillah

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah pada 2 Oktober 2010, SK Tebong dengan kerjasama PIBG sekolah telah mengadakan lawatan Marhaban rumah ke rumah sempena bulan Syawal sekitar Kg Tebong...Murid dan guru dibahagikan kepada 4 kumpulan yang meliputi Taman Kejora, Taman Sri Cahaya, kawasan Bt 23 dan kawasan Saiding/Onlok...

Berikut adalah beberapa gambar kenangan sepanjang Marhaban...

 Murid2 berkumpul di perkarangan sekolah

 Guru2 berkumpul sebelum berpecah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan

 Pengerusi PIBG, En Abd Rahman juga tidak melepaskan peluang bersama menyertai lawatan Marhaban ini

Rumah terakhir kumpulan Taman Kejora...aik, ust Helmi pun ada...kumpulan Ust Helmi berkumpul di rumah keluarga Cikgu Azlina setelah selesai Marhaban sekitar Saiding...hehe

 Murid dari Kumpulan Saiding sedang mengalunkan selawat dan nasyid di salah sebuah rumah

Tuan rumah sedang menghulurkan duit raye kepada murid2

Warga SK Tebong di bawah Panitia Agama merakamkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program lawatan Marhaban tahun ini...kepada tuan rumah yang terlibat, terima kasih atas layanan istimewa kepada kami...Moga ukhuwwah yang terjalin akan diBERKATI yang Maha Esa...ameen

Tiada ulasan: