Sabtu, 4 Disember 2010

Jamuan Perpisahan Tahun 6 2010

Assalamualaikum WBT...Pada 12 November 2010(Jumaat) iaitu selepas keputusan UPSR 2010 diumumkan, murid2 dari Tahun 6 Cemerlang telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk semua guru..Jamuan tersebut diadakan bagi menghargai jasa & pengorbanan guru selama 6 tahun bagi mendidik dan mengajar mereka ilmu ladunni serta erti kehidupan...Semoga anak-anak tahun 6 ini akan meneruskan pembelajaran di sekolah menengah dengan lebih gigih dan bersungguh lagi...Insya Allah...

Ketua Pengawas(Shafiq) dan Penolong K.Pengawas(Adilah) mempengerusikan majlis pada pagi itu

 Muhammad Khairi mengetuai bacaan doa kesyukuran...

 Guru kelas 6 Cemerlang 2010 memberikan ucapan aluan...Tak sangka rupa2nya ini ucapan terakhir beliau di sekolah Tebong ini...Beliau akan berkhidmat di negeri kelahiran(Perak) awal 2011...

 Cenderahati murid Tahun 6 kepada guru-guru

 Kenangan dari sekolah untuk murid-murid Tahun 6 2010

 Antara juadah yang disediakan...nasi tomato, kuih-muih, buah-buahan dan jajan

Murid Tahun 6 sedang menghidangkan makanan kepada guru2...Layanan terakhir mereka untuk guru-guru kesayangan...TERIMA KASIH CIKGU...SELAMAT TINGGAL SK TEBONG...

Tiada ulasan: