Isnin, 23 Mei 2011

Sekitar Minggu Pendidikan Islam & B.Arab

Assalamualaikum WBT...
Kepada pembaca setia blog SKT...mohon maaf di atas kelewatan meng"upload" dan meng"update" cerita di blog SKT nie...maklum la admin kesibukan sedikit...hehe

Pada 9 hingga 13 Mei 2011, Panitia Pend. Islam & Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah(PSS) telah mengadakan Minggu Pendidikan Islam & Bahasa Arab. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 5 hari persekolahan...Antaranya pertandingan tulisan jawi tercantik, pertandingan doa harian, Kem Bestari Solat 2, pertandingan azan, iqamah dan terjemahan surah, mari berbahasa arab (kuiz & muhadathah) dan akhir sekali pertandingan tilawah al-Quran dan hafazan surah...

Tahniah diucapkan kepada Panitia PI dan BA di atas kejayaan mengelola minggu Pendidikan Islam & B.Arab dengan jayanya...

p/s :gambar aktiviti dan senarai pemenang akan disiarkan kemudian ye...harap maaf

Tiada ulasan: