Khamis, 16 Jun 2011

Mesyuarat Khas AJK PIBG untuk Program Minum Pagi Bersama Pemimpin

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah semalam 15.06.2011(Rabu) pukul 3.00 petang, Jawatankuasa PIBG telah mengadakan mesyuarat khas untuk membentuk AJK Pelaksana dan perbincangan secara menyeluruh bagi menjayakan satu2nya program paling grand SKT tahun 2011 nie...iaitu Program Minum Pagi Bersama Pemimpin...

Program tersebut akan berlangsung pada 3 Julai 2011(Ahad) bertempat di perkarangan SK Tebong...Tetamu VVIP yang akan turun padang adalah YAB Datuk Seri Mohd Ali B. Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka).

Antara tujuan program nie dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana tabung PIBG sekolah disamping mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah, pemimpin dan masyarakat setempat...Selain minum pagi bersama pemimpin, matlamat utama majlis ini untuk mengumpulkan kembali bekas murid2 SK Tebong yang telah berkhidmat di seluruh pelusuk tanah air mahupun luar Malaysia...

Moga hasrat murni yang dirancang ini akan mendapat Rahmat dan Redha dari Yang Maha Esa...

Gambar hiasan

Tiada ulasan: