Jumaat, 30 Disember 2011

Berakhirnya perjuanganku di SKT...:-(

Selamat Tinggal SK Tebong...sekolah pertamaku setelah bergelar guru KPM...Terlalu banyak kenangan manis telah ku tempa selama 5 tahun perkhidmatanku di sini (2007 - 2011)...Terima kasih banyak-banyak kepada pentadbir dan sahabat2 rakan seperjuangan yang sama-sama berganding bahu menggembleng tenaga untuk menaikkan nama SK Tebong sebaris dengan sekolah-sekolah hebat di Melaka amnya dan di Alor Gajah khususnya...

Terima kasih juga kepada kakitangan pekerja SKT dan seluruh anak didik SKT...Semoga SKT akan terus cemerlang dari tahun ke tahun...Halalkan makan minum yang telah kunikmati sepanjang berada di bumi SKT nie...Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang diri ini bertapak di SKT ini...Akhir sekali doakan diri ini berjaya dan bahagia di mana jua berada...khususnya di bawah jajahan baru SK Belimbing Dalam pula...Jumpa lagi...Syukran Jazilan wa Ilal Liqo' al qodim...Wassalam

1 ulasan:

azrulhasnor berkata...

tkasih ustaz selama berkhidmat di sktebong... sape lak yg nak update blog skt ni lps ni kan ?? :) good luck ustaz