Isnin, 3 Mac 2008

Kem Bestari Solat 1

Ingat adik-adik, sembahyang itu tiang agama. Jangan kita lupa menunaikannya. Kalau dari kecil kita dah rajin tunaikan dan berasa bertanggungjawab untuk menunaikan, Insha Allah semasa kita besar pun kita tidak akan berasa terbeban untuk melakukan. Ingat yea, solat dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran, Insha Allah.


Apabila kita makan kita kena pastikan makanan itu mestilah berkhasiat dan bersih. Jangan lupa membasuh tangan yea... Yang paling penting jangan lupa baca doa dan Bismillah tanda kita mensyukuri rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita.


Cepat mari Sir nak dengar Shahrul baca doa ambil wudhu'. Semoga Shahrul jadi anak yang baik yea. Haa Faiz! Gelak-gelak apa? Lepas ni giliran Faiz dan Zulkhairi pula yea...

Hah Zarul jangan tergagap-gagap baca doa ni... Awak dah tahun 2 pun masih tak lancar yea...? Cuba ikut Ustaz Helmi baik-baik. Yang lain-lain lepas ni baca yea jangan tak dapat pulak!



Tiada ulasan: