Isnin, 3 Mac 2008

Program Sepanjang Tahun '08

Setiap hari Isnin para pengawas akan menjalankan pemeriksaan mingguan terhadap murid-murid dan memastikan kebersihan kuku, pakaian dan rambut terjaga. Murid-murid perlu senantiasa diingatkan mengenai kebersihan. Mereka selalu mengabaikan aspek kebersihan. Selain guru-guru, ibu bapa juga harus memainkan peranan yang besar dalam membentuk diri anak-anak.
Inilah Safwan. Beliau merupakan jurulatih nasyid sekolah. Khidmatnya ialah ikhlas. Semoga Allah merahmatinya. Dan beliau telah dimasukkan ke wad kerana sakit. Semoga cepat sembuh dan tidak berbahaya. Amin...

Betapa mengambil berat ibu bapa ini mengenai pembelajaran anak-anak mereka. Gambar ini di ambil semasa perjumpaan pertama ibu bapa murid-murid tahun enam. Kehadiran mereka boleh dibanggakan juga. Semoga kesedaran ibu bapa mengenai pendidikan anak-anak akan dapat ditingkatkan.

Ceramah Dadah ini telah disampaikan oleh pegawai Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenai bahaya dadah. Semoga najis dadah dapat dihapuskan di muka bumi ini. Kita boleh lihat betapa najis dadah telah meletakkan darjat manusia yang mulia ke tahap paling hina. Na'uzubillah min zaalik...

Tiada ulasan: