Rabu, 9 April 2008

Kenangan manis sentiasa mekar di hati


Pada 8 April 2008 merupakan hari terakhir untuk En. Sharif berkhidmat dengan Sekolah Kebangsaan Tebong. Beliau akan menyambung tugasnya di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka. Beliau merupakan seorang pekerja yang amat berdedikasi dan disayangi staf sekolah dan murid-murid. Sifat-sifatnya yang mudah mesra dan selalu membantu orang lain amat disenangi. Kewibawaannya dalam bekerja tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika ingin disenaraikan sufat-sifatnya yang lain amatlah panjang.

Kami warga SK Tebong sentiasa mendoakan agar En. Sharif akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Semoga beliau berada di sekolah baru akan menjalankan tugasnya dengan berdedikasi dan komited. Laksanakanlah tugas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab dengan amanah yang diberikan.

Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada En. Sharif di atas segala usaha dan tanggungjawa juga kerja selama En. Sharif berada di SK Tebong. Jasamu tidak akan kami lupakan dan akan kami ingat sampai bila-bila. Harapan kami jika ada masa yang terluang, jenguk-jenguklah kami di sini.

Walaupun begitu, SK Tebong telah menerima pengganti En. Sharif iaitu Pn. Siti Aisyah yang sebelum ini bertugas di SK Batang Melaka. Kami mengucapkan selamat datang dan kami mengalu-alukan kehadiran Pn. Aisyah menjadi warga SK Tebong. Semoga Pn. Aisyah dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru ini.

Tiada ulasan: