Khamis, 10 April 2008

Hari Sukan SK Tebong 2008

Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Tebong telah mengadakan Hari Sukan pada 26 Mac 2008 (Pembetulan: Tersilap tetapkan tarikh pada kamera maka tertulislah 26/03/2007) telah dijalankan dengan cemerlang dan meriah.
Bacaan ikrar kejohanan oleh Adik Mustafa dan diiringi oleh ketua-ketua rumah sukan. Bacaan ikrar telah menaikkan semangat dan seri kejohanan kali ini.
Lihatlah deretan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang-pemenang kejohanan. Betapa seriusnya Ustazah Aina menjaga hadiah-hadiah ini. Kalau nak rampas hadiah ni kena "Over my dead body", katanya hehehe
Inilah acara yang ditunggu dan paling meriah sekali apabila para ibu dan beliawanis meniup belon sampai pecah... Tiup kak jangan tak tiup! Nanti menang dapat hamper besar hehehe jangan lupa cucuk dengan jarum ok...

Gula-gula tu aku yang punya! Haa Ustazah Aina jangan nak ambil lak gula-gula kanak-kanak Pra Sekolah. Penuhkan semua poket anda dengan gula-gula hehehe


Jalan elok-elok... Lipan ada 100 kaki pun tak pernah jatuh. jadi kenalah jalan seperti lipan ok!
Merah sangatlah mak ngah! Masing-masing segak bergaya dengan topi dan cermin mata hitam.


Lambai dengan penuh gaya dan senyum selalu ok...

Ustaz cum dancer...Ini merupakan persembahan senaman kecergasan yang diketuai oleh Ustaz Helmi. Badan sihat otak cergas. "Al-'aql al-salim fil jism assalim"


Get set...Ready...Go!!!


Tarik...Tarik lagi...Kuat... kalau menang dapat dapat hadiah besar tau...

Tiada ulasan: