Jumaat, 11 Julai 2008

Latihan kebakaran dan pencegahan jenayah




Pada 15 Februari 2008 telah diadakan Latihan kebakaran dan pencegahan jenayah. Program ini diadakan dengan kerjasama Pihak Bomba Alor Gajah dan Balai Polis Tebong.


Cikgu Lee sedang memberikan ucapan alu-aluan dan menerangkan tujuan sebenar kehadiran ahli-ahli bomba ke SK Tebong. "Jangan main-main dengan mancis di rumah atau di sekolah tau... Kecil-kecil jadi kawan, tapi bila dah besar jadi lawan..." Begitulah lebih kurang pesanan Cikgu Lee kepada murid-murid SK Tebong.


Murid-murid sedang beratur dengan tertib dan teratur. Yang penting jangan panik kalau terjadi kebakaran...
Ketua Balai Polis Tebong sedang memberikan ceramah dan peringatan. "Jangan sesekali mencuba nak mencuri atau buat benda yang salah tau...Kalau kena tangkap terus masuk lokap!" Hehehe mungkin itulah peringatan yang diucapkan oleh pegawai polis ini.

Kalau cikgu tak terer padam api sebelum bomba datang, cubala kira berapa kerugian yang perlu ditanggung hehehe harta benda dan nyawa...Tidak ternilai! Hehehe Cikgu Asrul tunjuk skil :) tapi nape sikit je serbuk tu keluar? Bahaya ni....Tolonggggg...

Tiada ulasan: