Jumaat, 11 Julai 2008

Program HEM 2008

Sungguh tekun para ibubapa tahun 6 mendengar ceramah dari penceramah jemputan. Bagaikan motivasi untuk menjadikan anak masing-masing berjaya.
Pemeriksaan kuku, kasut dan rambut merupakan rutin untuk memastikan murid-murid berdisiplin dan berketrampilan. Jika badan dan pakaian kotor dan berbau, macam mana hendak belajar kan...

Ceramah/pengajaran wakil dari AaDK Alor Gajah untuk memastikan murid-murid mempunyai kesedaran bahaya dadah, rokok dan arak. Murid-murid merupakan aset negara...

Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi sesi 2008. Sungguh segak bergaya yang penting berkarisma menjalankan tugas dan amanah yang diberi... Good luck

Wakil Balai Polis Tebong menyerahkan watikah perlantikan pengawas.

Bergambar beramai-ramai barisan pengawas sesi 2008 bersama guru besar, GPK-GPK dan wakil polis. Selamat bertugas dan jalanlah tugas dengan penuh beretika dan amanah yea...

Tiada ulasan: