Rabu, 24 Jun 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 3

Pada Sabtu 20 Jun 2009 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Tebong mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke-3 bertempat di Makmal Komputer SK Tebong. Turut menyertai program ini ialah guru-guru dari SK Kemuning.

Penceramah jemputan ialah En. Ismail, JUSA C dari SBPI Selandar. Beliau telah memberikan satu pendedahan program penyediaan soalan-soalan dan bahan bantu mengajar yang dinamakan Hot Potatoes. Program ini sungguh memudahkan guru-guru mempertingkatkan P & P mereka. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail, pentadbir dan semua guru yang hadir dan mengikuti program ini.

Tiada ulasan: