Khamis, 18 Jun 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Patah tumbuh hilang berganti. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi mengambarkan situasi perpindahan keluar masuk guru-guru dari SK. Tebong pada tahun ini.

Pada awal tahun ini, tiga orang guru yang berdedikasi dari sekolah ini telah bertukar ke sekolah lain iaitu En. Mohd. Azri yang berpindah ke Bangi, Selangor, Pn. Karthyainy yang telah bertukar ke SJK (T) Alor Gajah dan Pn. Asnah bt. Abd. Rahim yang berhijrah ke SK. Kemuning. Selepas cuti pertengahan yang lepas Pn. Nazriana bt. Ngatiman telah berpindah ke SK. Mantin, Negeri Sembilan. Semoga perpindahan mereka ke sekolah baru akan memberi semangat dan tenaga baru untuk terus mendidik anak bangsa.

Sementara itu, kekosongan mereka telah diisi oleh kehadiran guru-guru baru ke SK. Tebong. SK. Tebong telah menerima kehadiran Cik Nuri Nasirah yang berpindah dari SK. Parit Melana pada bulan April yang lepas. Cik Nuri merupakan guru Matematik. Selepas cuti pertengahan tahun yang lepas, sekolah ini telah menerima dua orang guru. Mereka ialah En. Rosli b. Hashim yang sebelum ini bertugas di SK. Air Kuning Selatan, Gemencheh dan Pn. Siti Musalmah bt. Hassim yang sebelum ini berbakti SK. Layang, Genting Highland, Pahang. Semoga kehadiran mereka akan menyemarakkan lagi suasana pembelajaran dan pengajaran di sini. En. Rosli merupakan seorang Ustaz dan Pn. Siti Musalmah merupakan seorang guru Sains.

Semoga kehadiran mereka bertiga akan menyemarakkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran di sini. Insya Allah.

Tiada ulasan: